Thursday, 1 June 2017


tapi ada satu lg keadaan

kita panggil healing crisis

dalam bahasa mudah, orang kata heaking crisis ni adalah reaksi badan untuk sembuh

contoh bila kita nak rawat kulit, instead of semakin sembuh, kulit jadi bertambah teruk

berapa lama healing crisis?

generally seminggu

tapi boleh jadi sehingga few months

lain badan lain reaksi

orang kata tu cara toksin nak keluar

dalan perubatan, biasanya kita panggil Herxheimer reaction. tapi ni lebih spesifik kepada kes ubat makan. bolehla google and baca.

so general rule saya akan buat camni

alergi, kalau kes teruk boleh jadi TEN. Toxic Epidermal Necrosis. boleh google tgk rupa cmne

so kalau customer complain gegata, saya suruh stop

kalau complain kulit melepuh, blister saya suruh stop

kalau kulit setakat pedih or kering sikit2, jerawat bertambah banyak, boleh cuba continue dulu tapi kena monitor progress

sebab mungkin itu healing crisis

kalau x sure, jumpa Dr. jgn sampai dah teruk baru nak cari.doktor😅

bukan masalah natural or x.natural. masalah memang kulit sensitif.

utk.org yg sensitif, nasihatkan pakai satu persatu

try sabun beberapa hari, if ok add on fo, then mask

jgn redah pakai semua serentak

nanti terkejut kulit

healing crisis ni bukan maksudnya heal dari produk sebelum ni. tapi heal dari masalah skin eg sensitive, jerawat etc



Kalau customers korang ada perubahan Negative/ healing crisis / Allergic symptom lepas guna Mary Jardin, follow general advice.

1) Stop semua jenis product samada MJ or X.

2) Observer utk 2-3 hari, hingga sekurang2nya smakin pulih

3) Then start pakai 1 per 1 dahulu, jangan pakai semua serentak. Contoh, start dgn Soap dlu utk 2-3 hari, kalau:

a) jadi teruk semula, maksudnya dia xserasi dgn Soap.

b) TAK jd teruk semula then add on Face oil setitik dua (2-3 kali guna sehari, kalau lepas guna Face Oil jadi teruk semula, maksudnya dia xserasi dgn Face Oil.


Boleh baca contoh advice yg saya foward di atas ni.

selain tu, pastikan:

1) Sabun xdibiarkan lama n kering dimuka, bilas terus after seketika sbb kalau biarkan kering, xsemua jenis kulit dapat tahan kekeringan.

2) tangan dibasuh sblum guna Face Oil utk elak contamination.

3) Elakkan mucung kaca penyedut Face Oil tu bersentuhan dgn kulit samada kulit muka or kulit tapak tangan. Sbb nak elak contamination (kemasukan kuman)

4) Clay Mask x disimpan dlm toilet or tempat lembap utk elak pertumbuhan kulat/fungi

5) Boleh bancuh clay mask dgn air biasa, susu, madu, cuka dan mcm2 lg, tp kalau dah letak cuka tu banyak, memang pedih n merah laa muka, tambah plak kalau kulit tu memamg jenis sensitive. So, pilih lah campuran yg sesuai dgn kulit



Siti Razanah:
Tiada Istilah 'Healing Crisis' Dalam Perubatan, Ia Hanya Direka-Reka Oleh Perubatan Alternatif Untuk Tidak Bertanggungjawab Atas Kesan Buruk Produk Mereka


Setiap dari kita mempunyai alahan terhadap sesuatu, mungkin pada makanan, alat solekan, atau kepada persekitaran yang berhabuk, dan disebabkan dari alahan tersebut, kita mungkin akan mengalami kesan sampingan, iaitu gatal-gatal, selsema, bersin atau kemerahan pada kulit.

Bukan itu sahaja, ubat-ubatan juga boleh memberi kesan sampingan kepada kita apabila mengambilnya, seperti rasa mengantuk, dan kesan tersebut bukanlah berpanjangan, Cuma apabila kita mengambil ubat sahaja.

Tapi, jika ia hanya memberikan kesan sampingan sahaja, tidak mengapa, bagaimana pula jika anda mendapat kesan buruk dari ubat atau suplemen yang anda ambil? Lebih-lebih lagi, apabila pengeluar produk di luar sana hanya menyatakan kesan buruk itu adalah salah satu daripada ‘healing crisis’ yang pengguna akan hadapi.

Menurut perkongsian dari seorang doktor, iaitu Hana Hadzrami, istilah ‘healing crisis’ tersebut hanyalah gimik pengeluar produk untuk lepaskan diri dari bertanggungjawab akan kesan buruk yang dihadapi pengguna.

Mari kita ikuti penjelasan lebih lanjut akan ‘healing crisis’ ini.


HEALING CRISIS?

Apabila kita menggunakan sesuatu produk tak kira untuk kegunaan luaran atau dalaman, dan mengalami kesan buruk sewaktu menggunakannya; ia dipanggil kesan buruk (adverse reaction).

Adverse reaction adalah kesan buruk yang tak dijangka dari sesebuah produk. Ia tak sama dengan kesan sampingan (side effects) kerana kesan sampingan memang telah diketahui boleh terjadi, bersifat sementara dan terkawal.

Contohnya ubat batuk. Mengantuk adalah kesan sampingan biasa ubat batuk. Namun jika pernafasan terhenti atau tekanan darah menjadi rendah selepas memakan ubat batuk, ia dipanggil kesan buruk (adverse reaction) dan ubat perlu dihentikan serta merta.

Atau ubat kemoterapi; kesan sampingan antaranya ialah muntah, rambut gugur dan hilang tenaga. Dan kesan buruknya ialah jangkitan kuman akibat kekurangan imuniti. Bermakna kemoterapi perlu diteruskan walau ada kesan sampingan, namun perlu dihentikan buat sementara apabila timbul kesan buruk.


Adverse reaction ada pelbagai. Dari reaksi ringan seperti pening, muntah, gatal, tumbuh jerawat hinggalah ke reaksi berat seperti gangguan fungsi organ. Contoh gangguan organ ialah tekanan darah atau gula yang tak terkawal, kerosakan buah pinggang, kegagalan jantung dan sebagainya.

Kerap kita dengar istilah healing crisis apabila merujuk kepada perubatan alternatif. Kononnya sebelum pesakit sembuh, dia mestilah melalui kesan buruk terlebih dahulu untuk membuang toksin (detoksifikasi).

Sebenarnya istilah healing crisis tiada asas saintifik. Malah ia tak pernah disebut dalam mana-mana silibus perubatan dan farmakologi walau peringkat PhD sekalipun. Memanglah, kerana ia adalah istilah yang dibuat-buat oleh perawat alami. Malah istilah healing crisis adalah salah satu tanda anda sedang dirawat oleh perawat palsu (quack doctor).

Antara tanda lain anda menerima rawatan mengarut ialah apabila:

1. Perawat merawat penyakit yang tidak wujud (mengada-adakan penyakit)
2. Perawat mengatakan rawatan bakal mengambil masa lama
3. Perlu melalui healing crisis sebelum pulih sepenuhnya
4. Melalui proses detoksifikasi
5. Rawatan dikatakan berkesan semata-mata kerana ia dipraktikkan sejak zaman purba

Istilah healing crisis sebenarnya hanyalah gimik penjual atau perawat untuk berlepas diri dari bertanggungjawab atas kesan buruk produk atau rawatannya.

Bukan tak pernah ada adverse reaction pada ubatan hospital. Pernah ubat bius kami menyebabkan pesakit kebas hingga ke leher hingga tak mampu bernafas, walau dos yang diberikan adalah normal dan selamat.

Apa yang kami lakukan ialah hentikan ubat tersebut dan beri rawatan segera kepada pesakit. Kami juga akan menyiasat insiden tersebut secara terperinci serta melaporkannya ke pihak farmasi dan pengeluar produk di kilang.

Kami takkan mendakwa reaksi tersebut sebagai healing crisis. Apalagi nak meletakkan kesalahan ke atas pesakit deng

an menuduhnya tak makan ubat ikut waktu, kurang minum air dan sebagainya. Lingkuplah professionalism hospital kalau kami ambil jalan mudah dengan mendakwa itu ini sebagai healing crisis.

Orang yang kurang ilmu dan tak bertanggungjawab saja akan sebut masalah produk sebagai healing crisis.

Jika anda mengalami kesan buruk apabila menggunakan sesebuah produk, anda (atau ahli keluarga) perlu lakukan seperti yang tertera dibawah:

🔹Hentikan produk dengan serta merta
🔹Dapatkan rawatan segera di hospital
🔹Isi borang laporan adverse reaction dan emailkan kepada NPRA (National Pharmaceutical Regulatory Agency)
🔹Jumpa semula penjual, beritahu masalah anda dan tuntut gantirugi. Jika penjual cuba berdalih dan mendakwa itu sebagai healing crisis, lempang mukanya laju-laju.

Hana Hadzrami
Ayat terakhir itu hanyalah 'special effect' sebagai pengibur hati orang yang terkena 'adverse effect'. Usah dibuat ye!

No comments:

Post a Comment

Ringkasnya face oil ni ada 10 bahan. Biar saya terang sikit2 ya 😉 Argan oil ni utk melembapkan kulit Next, Rosehip oil.. Haa yg ni ut...